Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Sunday, 28 June 2015

Ini Yang Saya Mahu Elakkan!!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Hari pertama. Sejak hari pertama kami selisih di koridor, beliau telah melemparkan satu senyuman ikhlas diikuti satu pandangan misteri sehinggalah kami masing-masing hilang di sebalik pintu hujrah masing-masing.

Dalam beberapa hari ini, beliau sibuk dan jarang ada di hujrahnya. Kalau adapun cuma di awal pagi dan di tengah malam. Sesekali kami bertembung di 'bilik rehat'. Dan kali ini senyuman beliau terbalas.

Genap seminggu, beliau tidak lagi sibuk dengan aktivitinya sebelum ini. Ini membuka ruang dan peluang untuk lebih kerap bertembung dengan beliau. Ini yang saya mahu elakkan!!

Pagi ini, sekali lagi kami bertentang mata di koridor, beliau menyapa. Sungguh! Sudah dapat mengagak kejadian itu akan berlaku, saya hanya melemparkan senyuman seikhlas mungkin. Tahu, beliau mesti memikirkan kenapa saya tidak membalas sapaannya.

Takdir di bawah kekuasaan Allah Taala, sekali lagi terselisih dengan beliau kali ini di hadapan tangga, beliau kelihatan sedang menunggu seseorang. Menyedari yang beliau sudah mendapat jawapan daripada kejadian pagi tadi, beliau menyapa sekali lagi,
"Selamat pagi."
Lembut suaranya mungkin kerana memikirkan jarak umur antara kami berdua. Saya membalas sapaan itu dengan senyuman seikhlas mungkin. Dan saya terus menaiki tangga dengan selaju mungkin sambil menahan senyuman yang mungkin akan meledak menjadi ketawa.
Tamat cerita.
***************
Hampir lima tahun setengah di sini, kejadian yang sama berulang lagi. Bermula sejak  masih di usia seawal 6 tahun, saya bermain papan gelongsor di padang permainan, bersama seorang lagi kanak-kanak seusia. Hanya kami berdua. Memecahkan kesunyian yang ada, kanak-kanak tersebut bertanyakan sesuatu dalam bahasa Cina. BAHASA CINA! Tergamam dengan pertanyaan itu, spontan saya menjawab,
"Saya orang Melayu."
Kami berbual dalam beberapa patah perkataan dan saya bergegas pulang ke rumah. Diceritakan kepada kedua orang tua dan saudara yang lain, mereka tertawa melayan cerita itu.

Dan kali ini kejadian yang sudah beberapa kali berulang itu, terjadi lagi. Sungguh, mengimbau kenangan lama. Entah di mana kanak-kanak itu sekarang.

Wednesday, 17 June 2015

Semester Akhir Kau Tiba Jua

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Semester 8? Bukan. Semester 11. Sepuluh semester perjalanan menuntut ilmu diisi dengan pahit manis masam masin pengalaman. Tinggal satu semester saja lagi untuk membina memori bersama sahabat perjuangan yang lain.



Semester ni jugak nak kena buat kajian tindakan. Sem ni jugak nak kena buat projek bagai.
Moga Allah mudahkan urusan bersama. Allahumma amin.

Selamat Datang Bulan Paling Kaya

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Syaaban berlalu, Ramadan tiba. Esok puasa pertama. Lusa puasa ketiga dan begitulah seterusnya. Niat dah pasang untuk 30 hari. Alhamdulillah.


Bulan Ramadan bulan paling kaya. Eh, betul ka?
Tak ada dalam fatwa mana-mana, cuma saya sendiri yang labelkan. Bulan Ramadanlah bulan paling senang nak dapat pahala. Sebab pahala berganda dalam bulan ni. Cuba dibilang, pahala amalan sunat, pahala buat baik, pahala buka puasa 30 hari, pahala sahur 30 hari. Puasa dan sahur 30 hari berturut-turut ni bukan tak boleh dapat dalam bulan lain, tapi bulan Ramadan spesyel kes.

Yang tu ja? Lagi..?
Bulan puasa ni bulan turunnya al-Quran, Nuzul Quran. lagi, bulan ni ada Malam al-Qadr. 10 malam terakhir digalakkan banyakkan ibadat tengah malam. Mana tau, kena-kena rezeki kita dapat malam al-Qadr ni.

Nampak tak pahala yang dah bergunung tu? Pahala yang banyak jangan dikurangin. Rugi diri sendiri. Jangan buat maksiat di bulan kaya ni. Jangan buat benda yang Allah marah, yang orang lain marah, yang kita sendiri marah. Jangan rasa seronok buat dosa.

Moga dengan Ramadan kali ini, membantu Muslimin dan Muslimat berhijrah ke arah yang lebih baik dari yang sebelumnya. Allahumma amin.

Followers