Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Tuesday, 31 March 2015

Seliaan Bersama Major

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, selesai seliaan pertama minor dengan guru pembimbing. Dalam dok ketaq takut tak sempat sedia bahan bantu mengajar, Allah hulurkan bantuan dan peluang kepada hamba-Nya ini. Dengan izin Allah, datang Cikgu Ija bertanya,
"Kelas satgi sebelum kelas kak ija kan?"
"Ya, saya"
"Kak Ija ganti kelas PJ tahun 5. Kalau Kak Ija masuk terus, Saffa ambil kelas Kak Ija boleh?"
"Boleh, saya tanya ustaz dululah macam tu."
Dengan hati yang baru nak berputik bunga, kembang terus bunga tu bila dapat green light dari ustaz. Alhamdulillah. Syukur, lega sangat.
Ingatlah. Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Kita tinggal nak minta ja. :)
Esok seliaan bersama guru pembimbing dengan Pensyarah. Allahu Allah. Dengan namamu ya Allah aku berserah kepadaMu.
 
 
 
 

Friday, 27 March 2015

SK Jalong Terbaik

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, dah minggu ke tujuh praktikum 3. Sekolah Kebangsaan Jalong. Antara sekolah yang paling suka murid-murid, cikgu-cikgu dan persekitarannya. Sekolah kampung ja. Yang paling suka adalah amalan hariannya.

  • Asmaul Husna (pagi sebelum mula kelas)
  • Solat Dhuha (lepas rehat sebelum masuk kelas)
  • Solat Zohor (tamat sekolah)
  • Kuliah Jumaat (lepas Jumaat minggu 1 dan 3, guru sahaja)
Solat Dhuha dan Zohor wajib dilaksanakan oleh semua murid dan guru secara berjemaah di surau sekolah. Dipimpin oleh seorang ustaz, yang juga guru disiplin sekolah tersebut. Terasa lain bila ustaz memegang jawatan guru disiplin. Terasa bebas untuk melakukan rutin ibadah di situ. Dalam kata lain, tak terasa sekularisme. Alunan zikir sentiasa mengiringi solat-solat yang dilakukan dan meniti di bibir murid-murid.

Dengan barisan pentadbiran yang juga tak kurang hebatnya menyokong Islam sebagai ad-Din, sekolah tersebut dikagumi ramai. Saya sendiri kagum dan teruja semasa hari pertama melaporkan diri. Dengan ini, saya mengambil sekolah ini sebagai sekolah contoh untuk saya ikuti setelah posting kelak. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Subhanallah alhamdulillah allahuakbar.

Followers