Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Monday, 24 February 2014

Refleksi Esaimen Pertama: Sukan lempar Cakera

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad utusan Allah.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana telah memilih saya untuk melaksanakan tugasan ini dan berjaya menyempurnakannya dalam tempoh masa yang diberikan. Dalam tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari.
Antaranya ialah kerja berkumpulan. Tugasan ini menuntut kami melaksanakannya dalam kumpulan bertiga. Oleh itu, kami telah membahagikan kerja dan berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang dicari seperti pinjaman buku dari perpustakaan, carian ilmu dari laman sesawang dan banyak lagi. Apa yang saya pelajari, apabila setiap ahli kumpulan bergerak bersama-sama menjalankan tugas masing-masing, kerja menjadi mudah dan tempoh masa untuk siap menjadi singkat. Aplikasi ini amatlah berkesan jika dilaksanakan semasa pengajaran di sekolah nanti, menuntut murid untuk berkomunikasi sesama sendiri dan tidak pasif.
Di samping itu, tugasan ini juga mengkehendaki kami untuk mengumpul maklumat dan ilmu berkaitan sukan lempar cakera. Sukan ini tidak asing lagi bagi saya kerana saya sudah terlibat dengannya sejak dari zaman sekolah lagi, walaupun hanya dalam sukan tara tahunan. Walaupun begitu, setelah menggali dengan lebih mendalam lagi berkenaan sukan ini, ternyata apa yang saya ketahui boleh diumpamakan sebutir batu pasir dengan sebiji bata merah tanah liat. Ilmu sayalah yang sebutir pasir itu. Ukuran cakera, kawasan lemparan, cara lemparan, cara jarak lemparan diukur, yang mana saya tidak pernah ambil tahu pun sebelum ini, terbukti tersangatlah perlu untuk saya mengetahuinya. Sebagai seorang bakal guru, ilmu ini perlu ada kerana yang akan mengajarkannya pada anak didik di sekolah nanti adalah guru, bukanlah ahli sukan jaguh negara.
Tidak ketinggalan, teknik lemparan yang betul juga perlu dikuasai oleh seorang guru. Hal ini kerana teknik yang betul membawa kepada lemparan yang betul dan jauh. Walaupun nampak senang di mata, namun anggota kaki dan tanganlah yang merasa kesusahannya. Syukur, dengan tunjuk ajar daripada pensyarah, En. Zul,sedikit sebanyak dapat saya kuasai teknik lemparan cakera yang betul.
Harapan saya semoga ilmu yang saya dapat ini tidaklah berhenti di sini sahaja dan akan disampaikan kepada bakal anak-anak didik saya kelak. Amin.

Thursday, 13 February 2014

KEPELBAGAIAN BUDAYA PEMAKAIAN DI MALAYSIA: PAKAIAN SIKH/PUNJABI

KEPELBAGAIAN BUDAYA PEMAKAIAN DI MALAYSIA: PAKAIAN SIKH/PUNJABI: PEREMPUAN Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar kameez atau baju Punjabi.
Terdiri daripada blaus panjang yang ...



 

Monday, 10 February 2014

Masalodeh Chef Kadir

Bismiklah.

Alhamdulillah, masih berkesempatan mencuba satu lagi resepi: Masalodeh. Resepi diinspirasikan oleh Chef Abdul Kadir. Jom cuba.

Bahan-bahan

5 cawan kacang dal (direndam semalaman,ditumbuk lumat)
bawang besar (dipotong dadu)
jintan manis
daun sup
daun bawang
daun kari
garam
minyak masak

Cara-cara

  1. Bahan yang tak dinyatakan kuantiti adalah mengikut cita rasa tukang masak ya. Senang kata suka hatilah nak boh banyak mana. Janji sodap~
  2. Campur semua bahan dalam satu bekas kecuali minyak, itu untuk goreng ya. Kalau bubuh jugak melaut la jadinya. Kena tukaq nama kuih pulak.
  3. Panaskan minyak, sementara nak panas tu bolehlah kepalkan siap2 madalodehnya. Takut lambat nanti amek masa. Goreng sampai garing.
  4. Orait!Siap dah boleh makan.

p/s: jangan lupa sedia la ayaq teh ka kopi ka kat tepi. kalau tercekik boleh sambaq ayaq cepat2.
p/s: resepi ni ikut lidah masing2. kalau tak sedap, no hard feeling naa~

Followers