Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Saturday, 19 July 2014

ROAD SHOW KAEDAH HARAKI





Bismillah.

Alhamdulillah. Kaedah Haraki lagi. Malangkah dan terus melangkah. Maju dan terus maju. Demi mencapai redha Allah. Pencen KUBUR. Masya Allah. Kaedah Haraki terus melangkah dan berlari laju demi menjadikan umat Islam celik al-Quran. Terima kasih kepada sifu dan pengasas Kaedah HARAKI, Ustaz Zakaria Nasirudin atas kaedah yang sangat kretif dan inovatif ini.



"Janganlah malu belajar al-Quran, tetapi malulah tidak tahu membaca al-Quran."




Monday, 14 July 2014

Sambal Belacan Goreng

Bismillah.

Bahan:

Cabai kering
Belacan
Bawang besar
Asam jawa
Minyak masak

Cara:

Panaskan minyak, goreng cabai kering sehingga garing. Angkat dan toskan.
Potong dadu bawang besar, ketepikan.
Tumbuk cabai kering (lepas goreng terus tumbuk, kalau tak liat) bersama belacan.
Perah asam jawa ke dalam cabai yang ditumbuk (jangan cair sangat).
Masukkan bawang yang didadu.
Kacau sebati, hidangkan.

p/s: Sedap makan dengan nasik panas, kuah gulai. Yummy.. Selamat mencuba.

Sunday, 1 June 2014

Motor dan Benang

Bismillah.

Alhamdulillah. Selesai jam pertama. Walaupun banyak benda yang tak diingini jadi, tapi takpalah. Pengalaman dan pengajaran. Lepas ni jangan main-main. Jangan malas-malas prektis motor. Kang tak pasal-pasal je ada orang mai tolong lagi. Kalau muslimat takpa. Allahu Allah.. Buat-buat tebal ja muka atas litar tadi.

Apapun, alhamdulillah. 9hb Jun test. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan. Allahumma Amin

Cuti-cuti Maktab. In sya Allah benang dicari. Tak mau menangkan katil. Tengah cuba isi waqtul faragh dengan benda-benda baguih, benda baik. Tak menyesal kemudian hari. In sya Allah nak siapkan satu projek. Nak tambah pengetahuan sirah jugak. Lemah sungguh. Malu bila orang bagi title ustazah. Allahu Allah.

Practices Make Perfects!

Tuesday, 13 May 2014

Tarbiyah dan Hikmah Allah

Bismillah.

Sakit. Sungguh sakit. Sakit lagi daripada gastrik. Apa yang sakit? Rohani dan mental. Walaupun fizikal nampak sihat cergas, tapi hati dan perasaan itu hanya Allah yang tahu. Mungkin itu salah satu pengajaran yang Allah nak tunjuk dan dijadikan iktibar. Allahu Allah..

Di institusi itu, kalau di'rewind' balik, banyak yang Allah tunjuk. Allah mentarbiyah hamba-Nya ini sama ada secara 'direct' ataupun melalui orang lain. Antaranya:

  • Jangan cepat kagum dengan sesuatu. Kena ingat, sesuatu yang hebat itu adalah daripada Allah. Bukan manusia, bukan jin, bukan makhluk lain pun.
  • Tepati janji. Jangan sembangan berjanji. Janji itu amanah, yang mana termasuk dalam perkara yang dinilai Allah.
  • Tepati masa. Apatah lagi bila berjanji dengan orang. Bukan senang orang nak bagi kepercayaan, jangan sampai orang dah tak percaya dan tak harap dah.
  • Jangan cepat mengeji, cepat mengutuk. Selidik dahulu, kaji. Dan kalau dah selidik pun memang tak boleh nak mengeji sesuka hati.
  • Jangan bagi kepercayaan penuh pada orang lain, kecuali famili dan orang yang betul-betul yakin boleh dipercaya (bergantung pada behaviour)
  • Jangan bergantung pada orang lain. Yakinlah dengan Allah. Bergantung hanya pada Allah. Segala sesuatu yang terjadi Allahlah penyebabnya.
  • Raikan fe'el orang lain. Jangan cepat makan hati. Banyak toksik. Badan yang sakit nanti.
  • Jangan tamak. Paling penting bab makan. Makan biar berpada-pada. Jangan ikut sangat setan itu.
  • Ikhlas. Yang ni penting sangat. Bila ikhlas, jadi tak berkira. Tak berkira dengan orang, tak berkira dengan Allah.
  • Redha. Apa pun yang terjadi, jangan salahkan orang lain dan persekitaran. Balik pada diri sendiri. Muhasabah diri. Baru Happy. :D
Ada lagi setahun setengah. Banyak lagi Allah boleh tarbiyah sepanjang berada di institusi itu. Mungkin sebagai persedian untuk melangkah ke dunia yang lebih luas di sana nanti. Terima kasih, Allah.

Sunday, 20 April 2014

Melayu dan Masa

Bismillah.

8.05 pagi. "Pukul berapa nak gerak?" "9.45." Ringkas jawapannya. 9 bangun mandi, basuh baju. 9.23 touch up sikit. 9.40 turun sidai baju. Tunggu. 9.50 sms "kat bawah dah". Sabar menanti. Tiada reaksi. Mood mula berlari pergi. Iman kata sabar lagi. "Tak kira, 10.15 tak turun, aku naik". 10.03 turun tersengih-sengih. Maaf tiada, alasan juga tiada. Iman kata sabar lagi.. sabar. Dan mood yang pergi itu tidak lagi kembali sampailah berpisah. Titik.

Baik. Dulu, orang tunggu saya. Nak pergi mana bersama, orang tunggu. Tapi taklah selalu. Bila balik rumah, maklah yang akan bising kat anaknya ni, "Cepat! Nanti tak sempat. Terlepas bas." Itu baru dengan bas. Kalau dengan orang lagilah mak risaukan anaknya ini. Lambat ja kerjanya. Last minit baru nak tercari-cari barang apa yang terlupa. Pesanan mak yang paling berharga, "Jangan biar orang tunggu kita."

Ungkapan itu bukan sekadar kata-kata. Kini diri tersedar, masa itu AMANAH. Bak kata pepatah Arab,
"Masa itu ibarat pedang. Kalau kita tidak memotongnya, maka dia akan memotong kita."
Jangan biar masa potong kita
Faham? Maksudnya (mengikut kefahaman sendiri) kita mesti melebihi masa. Biar masa kejar kita. jangan kita kejar masa. Bila masa dah potong kita, memang kita rugi. Masa semua orang 24 jam. Kat bumi ni sama saja masa. Melainkan kalau ke planet pluto kot. Melalut dah ni.

 AMANAH. Allah bagi kat kita jasad. Allah bagi kat kita duit. Allah bagi kat kita masa. Semua tu amanah dari Allah. Allah suruh jaga, guna elok-elok. Tapi kita ambil ringan. Berjanji dengan orang pukul sekian sekian. Janji? Kan amanah jugak tu. Janji ditepati, bukan dicapati. Semua maklum itu. Kalau tengok bangsa cina (bukan nak bangga), masa amatlah penting. On time! Melayu? Ada jam sendiri pulak dah. Berjanji mulut pukul 2, 2.30 baru nampak batang hidung, telinga, mata dan sebagainya.

Tak malukah Melayu dengan bangsa lain? Saya tak nak sebut Islam, sebab bukan semua Melayu itu Islam. Dan bukan semua Islam itu Melayu. Saya malu. Sebab walau muka amoi, I/C saya Melayu. Dan bila bekerja dengan bangsa lain, memang nampak yang Melayulah yang paling akhir sampai. Walaupun kita melayu ada banyak kemahiran lain, lebih cekap dari bangsa lain (ye lah, Melayu kan memang hidup sistem sara diri zaman British dulu), tapi jangan biar Islam jatuh di mata penganut agama lain. Dakwah bil hal sajalah yang saya kira semua kita mampu buat, mampu pula orang lain terima.

Khulasatul qaul, bukanlah niat di hati nak jatuhkan bangsa sendiri. Jauh sekali. Cuma nak sedarkan diri sendiri dan teman-teman seagama. Kita pegang, kita bawa imej Islam. Melayu sangat sinonim dengan Islam. Kita tahu bila kita tak pegang dengan Islam, makin jauhlah orang lain dengan Islam. Makin jauhlah kita dengan Islam. Wallahu a'lam.

p/s: mohon terasa.


Iman Macam Wifi.

Bismillah.

Iman manusia. Ada masa naik, ada masa turun. Turun laju macam air. Naik lambat macam wifi. Putus-putus lagi. Bila iman turun tandanya kita lupa Allah. Tak betul? Cek balik.. Bila iman naik, maknanya kita ingat Allah. Yang ni konfem betul.

Iman naik masa terjumpa terbaca artikel-artikel bab keagamaan. Dalam buku, laman bersawang, jurnal, majalah dan sebagainya. Betul kata orang. Ilmu perlu kepada guru. Paling tidak bertanyalah pada yang lebih faqih. Jangan anggap diri 100% betul. 100% pandai.

Pening. Bila baca, Islam tak bagi itu dan ini. Bila tak boleh maknanya tak boleh. So simple. Kenapa orang susah nak faham? Senang. Sebab orang itu tidak nampak hikmah tersembunyi. Allah selit diam. Nak uji iman hamba-hambaNya.

Contoh:
1 Solat = RM50
1 Puasa = RM20

Kalau macam tu Allah bagi nampak ganjaran yang Allah nak bagi, duit jelah yang ada dalam kepala. Allah ada di mana? Tujuan ibadat kan kerana Allah. 

Jangan duit dicari, Allah diketepi. Pegang hati, pasang angan mau bangun malam. 2/3 malam. Allahu Allah.

Blog, Haraki, Praktikum

Bismillah.

Alhamdulillah. Selesai kemaskini blog. Lebih simple.

7.15 pagi. CeraH IKBN Sri Iskandar. Walaupun lambat, alhamdulillah khidmat masih diperlukan. Banyak dapat input dari ustaz. Kereta baru ustaz, cantik. Putih berseri dan unik pletnya. Harga umrah umrah katanya.

Minggu depan penyeliaan bersama. Semoga pensyarah dan guru pembimbing bersama-sama memberikan markah yang terbaik. No hal. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Senyum dan tawakkal.

Monday, 24 February 2014

Refleksi Esaimen Pertama: Sukan lempar Cakera

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad utusan Allah.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana telah memilih saya untuk melaksanakan tugasan ini dan berjaya menyempurnakannya dalam tempoh masa yang diberikan. Dalam tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari.
Antaranya ialah kerja berkumpulan. Tugasan ini menuntut kami melaksanakannya dalam kumpulan bertiga. Oleh itu, kami telah membahagikan kerja dan berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang dicari seperti pinjaman buku dari perpustakaan, carian ilmu dari laman sesawang dan banyak lagi. Apa yang saya pelajari, apabila setiap ahli kumpulan bergerak bersama-sama menjalankan tugas masing-masing, kerja menjadi mudah dan tempoh masa untuk siap menjadi singkat. Aplikasi ini amatlah berkesan jika dilaksanakan semasa pengajaran di sekolah nanti, menuntut murid untuk berkomunikasi sesama sendiri dan tidak pasif.
Di samping itu, tugasan ini juga mengkehendaki kami untuk mengumpul maklumat dan ilmu berkaitan sukan lempar cakera. Sukan ini tidak asing lagi bagi saya kerana saya sudah terlibat dengannya sejak dari zaman sekolah lagi, walaupun hanya dalam sukan tara tahunan. Walaupun begitu, setelah menggali dengan lebih mendalam lagi berkenaan sukan ini, ternyata apa yang saya ketahui boleh diumpamakan sebutir batu pasir dengan sebiji bata merah tanah liat. Ilmu sayalah yang sebutir pasir itu. Ukuran cakera, kawasan lemparan, cara lemparan, cara jarak lemparan diukur, yang mana saya tidak pernah ambil tahu pun sebelum ini, terbukti tersangatlah perlu untuk saya mengetahuinya. Sebagai seorang bakal guru, ilmu ini perlu ada kerana yang akan mengajarkannya pada anak didik di sekolah nanti adalah guru, bukanlah ahli sukan jaguh negara.
Tidak ketinggalan, teknik lemparan yang betul juga perlu dikuasai oleh seorang guru. Hal ini kerana teknik yang betul membawa kepada lemparan yang betul dan jauh. Walaupun nampak senang di mata, namun anggota kaki dan tanganlah yang merasa kesusahannya. Syukur, dengan tunjuk ajar daripada pensyarah, En. Zul,sedikit sebanyak dapat saya kuasai teknik lemparan cakera yang betul.
Harapan saya semoga ilmu yang saya dapat ini tidaklah berhenti di sini sahaja dan akan disampaikan kepada bakal anak-anak didik saya kelak. Amin.

Thursday, 13 February 2014

KEPELBAGAIAN BUDAYA PEMAKAIAN DI MALAYSIA: PAKAIAN SIKH/PUNJABI

KEPELBAGAIAN BUDAYA PEMAKAIAN DI MALAYSIA: PAKAIAN SIKH/PUNJABI: PEREMPUAN Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar kameez atau baju Punjabi.
Terdiri daripada blaus panjang yang ...



 

Monday, 10 February 2014

Masalodeh Chef Kadir

Bismiklah.

Alhamdulillah, masih berkesempatan mencuba satu lagi resepi: Masalodeh. Resepi diinspirasikan oleh Chef Abdul Kadir. Jom cuba.

Bahan-bahan

5 cawan kacang dal (direndam semalaman,ditumbuk lumat)
bawang besar (dipotong dadu)
jintan manis
daun sup
daun bawang
daun kari
garam
minyak masak

Cara-cara

  1. Bahan yang tak dinyatakan kuantiti adalah mengikut cita rasa tukang masak ya. Senang kata suka hatilah nak boh banyak mana. Janji sodap~
  2. Campur semua bahan dalam satu bekas kecuali minyak, itu untuk goreng ya. Kalau bubuh jugak melaut la jadinya. Kena tukaq nama kuih pulak.
  3. Panaskan minyak, sementara nak panas tu bolehlah kepalkan siap2 madalodehnya. Takut lambat nanti amek masa. Goreng sampai garing.
  4. Orait!Siap dah boleh makan.

p/s: jangan lupa sedia la ayaq teh ka kopi ka kat tepi. kalau tercekik boleh sambaq ayaq cepat2.
p/s: resepi ni ikut lidah masing2. kalau tak sedap, no hard feeling naa~

Followers