Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Sunday, 16 June 2013

Cipta Hobi!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah. Esok bermulanya hari pertama kuliah untuk sem ke-4 degree. Sampai dua hari lebih awal di hostel, boring tak tau nak cakap. Dah habis kemas baju, meja, almari. Boring tu tak pegi jugak. Teringat semalam singgah Mydin, terbeli buku jahitan. Cewah, terbeli konon. :P Belek-belek buku tu, seronok sangat! Rasa macam nak buat baju kurung la tu jugak. Belek pula buku kraf bunga, lagi bersemangat nak buat! hehe.
Ya Allah, moga Kau permudahkan urusanku. Allahumma Amin.
Apa salahnya berdoa untuk sesuatu yang baik, kan? Cuti tiga minggu kat rumah, dah jadi 2 projek. Nama dia 'Projek Suka Hati'. Jom tengok gambar.
Casing henfon bulu kambing! Ni 'projek suka hati 2 in 1'. projek first.
Alas meja kopi! Ni projek nak menghabiskan benang. hehe
Ni pulak buku yang akan menghasilkan hobi terbaru!
 Tak sabar ni nak cuba. Tunggu cukup bahan terus jalan projek. InsyaAllah.

Sayur Air Bayam

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

8 Jun 2013:
Ada majlis bertunang kat rumah sebelah. So, dapur akan dikuasai sepenuhnya hari ni. Menu hari ni seperti tertera.

Bahan-bahan:
• Bayam merah (tak merah pun ok) 
• Bawang besar • Bawang putih 
• Air • Garam 
• Minyak masak 
• Fishball (optional)
Cara:
• Siang bayam, basuh sampai takdak pasir 
• Tumis bawang putih/besar 
• Masuk air sebelum bawang hangit (ikut suka nak berapa jag pun) 
• Tunggu sat, masuk bayam 
• Letak garam sampai sedap 
• Tambah fishball 
• Siap! Boleh makan.
ikut arahan ya. jangan bagi bawang hangit. :P

Ni dia rupa bayam merah bagi yang tak penah makan

Aiskrim Goreng Durian

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

25 Mei 2013:
Nak try resepi baru. Resepi ni dah lama wujud. Dia jadi baru sebab baru nak try. Hehe

Bahan:
• Roti sandwic (jangan ambil roti ban ya) 
• Aiskrim perisa ikut suka (durian pun sodap!)
• Minyak secukup rasa
Cara:
• Hampar roti 
• Ceduk aiskrim, letak atas roti (jangan banyak, nanti tak leh tutup, koyak roti) 
• Hampar 1 lagi roti atasnya 
• Tekup dengan taperware (biar saiz roti), sampai putus roti 
• Buat sampai habis aiskrim atau roti. 
• Sejuk bekukan semalaman.
Nak goreng:
• Panaskan minyak. 
• Keluarkan roti aiskrim. 
• Goreng, balik-balikkan sampai jadi koko. Jangan lama, sebab minyak panas, takut aiskrim pun jadi panas :P 
• Ok, hidang!
Makan cepat-cepat tau! kalu tak berkuah la roti tu

Popia Basah

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

25 Mei 2013:
Kat 125A, tak dak makan petang tak sah. So menu hari ini adalah seperti tertera. Abah kata lama tak buat. So, resepinya berdasarkan naluri hati seorang bapa.

Bahan-bahan popia:
• Kulit popia (banyak kat kedai)
• Sengkuang (diracik)
• Lobak merah (diracik)
• Taugeh
• Kacang panjang (dipotong bulat)
• Takua (diramas hancur)
• Udang kering (digoreng)
Cara:
• Celur semua bahan popia kecuali kulit popia dan udang kering
• Bentangkan kulit, ratakan sambal guna sudu. Sikit saja
• Letak sayur-mayur celuran
• Balutlah
Bahan sambal:
• Cabai kering (digoreng)
• Air panas
Cara:
• Kuah: mesin cabai dan gaul sampai sebati dengan air panas

Ok, dah siap balut, boleh hidang! Sambal tu prefer jangan sapu terus atas semua popia tu. Kalau makan segera tak pa. Takut nanti dah lama dah tak lalu. So, nak makan baru sapu. Nice!

Ni bahan untuk inti
Ni pulak popia yang dah boleh makan


Tom Yam

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

25 Mei 2013:
Hari ni abah cuti. So, dah agak, abah akan jadi chef punya hari ni. Hehe. Dan pembantu bertauliahnya adalah Khairul Solehah. Ok, resepi untuk lunch ialah tom yam.

Bahan-bahan (masuk je apa yang ada dalam peti ais tu):
• Pes tom yam (la ni tak pakai kiub dah. Pes ni banyak kat kedai. Yang balang dia kaler ungu tu)

• Ayam (tulang-temulang je)

• Kubis
• Carrot
• Anak jagung
• Bunga kubis
• Sotong
• Dan macam-macam lagi la.
• Jangan lupa garam ek
Tom yam ni sebenarnya ana suka masak. Sebab bahan dia boleh boh ikut suka hati ja. :P

Cara:
• Tumis pes tom yam. Jangan boh minyak banyak, sebab pes tu pun minyak banyak giler. Kolestrol..kolestrol..
• Masuk air. Tunggu sat.

• Masuklah semua bahan lain. Senang kan?
• Dah mendidih, tunggu lama sikit, yang mana keras, tunggu bagi lembut sikit.
• Ok, boleh hidang!
Waaa~ tak sabaq nak masak lagi kat maktab! Kat bawah ni adalah gambar yang sempat snap.

tadaaaa...!!

Sunday, 2 June 2013

Aiskrim Goreng!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Boring-bring dok rumah, elaun pula baru masuk. Apa lagi. terjah dapur la. hehe. Bukan selalu kan. eh. hehe
Ni masakan pertama hasil keringat sendiri, malah elaun sendiri. OOopS~ ok, kakak ada sponsor sikit.

Waaaaa~~~
p/s: ok. resepi boleh mintak dari pak cik google. selamat mencuba!

Followers