Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Sunday, 19 May 2013

Hangat! Kaedah Terbaru Belajar al-Quran!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah. Dipilih Allah untuk melakukan kerja-kerja kebaikan walaupun tak sebesar dan sehebat mana. Rasa syukur sangat Allah isi masa terluang yang selalunya dok lepak-lepak je kat bilik, dengan menolong orang.

Minggu ni, hangat dengan bualan orang mengenai kaedah terbaru mempelajari al-Quran. Pakej! Baca al-Quran bertajwid! Kaedah Haraki. Diasaskan oleh Ustaz Zakaria Nasirudin, pensyarah di IPG Kampus Ipoh.
Inovatif. Selamat. Kreatif. Tak ada kos peralatan. 7 jam.
Eh, apa benar? Boleh baca al-Quran 7 jam lengkap bertajwid? Betul! Dan perlu maklum, kaedah ini hasil pembelajarannya bukanlah nak mahir belajar tajwid, tapi adalah KHATAM AL-QURAN BERTAJWID. Mana nak cari tu? Ok, kaedah Haraki boleh bantu. :)

Siapa-siapa yang berminat bolehlah membuat kunjungan mesra ke link-link berikut:
Fanpage: https://www.facebook.com/KelasAlQuranHaraki?fref=ts
Blog: http://kelasquran7.blogspot.com/

Pengasas: Ustaz Zakaria bin Nasirudin
Antara kursus yang dijalankan baru-baru ini

Wednesday, 8 May 2013

Dua Kategori Puasa

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

1. Puasa sepanjang hayat ialah berpuasa dari semua benda yang diharamkan makan atau minum itu seperti babi, arak kerana ia menjana darah yang kotor dan nafsu yang kuat. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kenalah puasa sepanjang hayat dari memakannya kecuali darurat (apabila melibatkan nyawa).
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah [173]
Benda-benda ni mesti jaga!
2. Puasa Ramadhan pula ialah berpuasa dari benda yang halal. Makanan yang halal juga menjana nafsu, namun tidaklah sekuat yang haram. Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takutkan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." Al-Baqarah [183]
sumber: Nasbun Nurain 

Kegembiraan Orang Berpuasa

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Dalam hadith disebut “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya,
"Orang berpuasa bebas masuk pintu mana-mana syurga walaupun ada satu pintu yang khas untuk orang berpuasa yang dikenali sebagai Ar-Rayyan."
 Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w.:
Ayuh! Ramadhan dah dekat!
“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja."
Orang berpuasa akan gembira bila bertemu Allah setelah berlapar di dunia, kerana mereka berlapar semata-mata kerana Allah. Dalam Islam ada dua jenis puasa, satu puasa sepanjang hayat, iaitu puasa dari perkara yang diharamkan seperti arak dan babi kecuali darurat.  Selain itu ada puasa tambahan iaitu puasa bulan Ramadahan, puasa dari perkara yang halal (makan, minum, suami-isteri yang halal).

sumber: Nasbun Nurain

Followers