Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Monday, 23 December 2013

Niqab, Tudung dan Akhlak

“ Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir. ”

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/6331-hijrahlah-bersama-hati-bukan-niqab-cuma.html

moga Allah redha~

Sunday, 16 June 2013

Cipta Hobi!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah. Esok bermulanya hari pertama kuliah untuk sem ke-4 degree. Sampai dua hari lebih awal di hostel, boring tak tau nak cakap. Dah habis kemas baju, meja, almari. Boring tu tak pegi jugak. Teringat semalam singgah Mydin, terbeli buku jahitan. Cewah, terbeli konon. :P Belek-belek buku tu, seronok sangat! Rasa macam nak buat baju kurung la tu jugak. Belek pula buku kraf bunga, lagi bersemangat nak buat! hehe.
Ya Allah, moga Kau permudahkan urusanku. Allahumma Amin.
Apa salahnya berdoa untuk sesuatu yang baik, kan? Cuti tiga minggu kat rumah, dah jadi 2 projek. Nama dia 'Projek Suka Hati'. Jom tengok gambar.
Casing henfon bulu kambing! Ni 'projek suka hati 2 in 1'. projek first.
Alas meja kopi! Ni projek nak menghabiskan benang. hehe
Ni pulak buku yang akan menghasilkan hobi terbaru!
 Tak sabar ni nak cuba. Tunggu cukup bahan terus jalan projek. InsyaAllah.

Sayur Air Bayam

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

8 Jun 2013:
Ada majlis bertunang kat rumah sebelah. So, dapur akan dikuasai sepenuhnya hari ni. Menu hari ni seperti tertera.

Bahan-bahan:
• Bayam merah (tak merah pun ok) 
• Bawang besar • Bawang putih 
• Air • Garam 
• Minyak masak 
• Fishball (optional)
Cara:
• Siang bayam, basuh sampai takdak pasir 
• Tumis bawang putih/besar 
• Masuk air sebelum bawang hangit (ikut suka nak berapa jag pun) 
• Tunggu sat, masuk bayam 
• Letak garam sampai sedap 
• Tambah fishball 
• Siap! Boleh makan.
ikut arahan ya. jangan bagi bawang hangit. :P

Ni dia rupa bayam merah bagi yang tak penah makan

Aiskrim Goreng Durian

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

25 Mei 2013:
Nak try resepi baru. Resepi ni dah lama wujud. Dia jadi baru sebab baru nak try. Hehe

Bahan:
• Roti sandwic (jangan ambil roti ban ya) 
• Aiskrim perisa ikut suka (durian pun sodap!)
• Minyak secukup rasa
Cara:
• Hampar roti 
• Ceduk aiskrim, letak atas roti (jangan banyak, nanti tak leh tutup, koyak roti) 
• Hampar 1 lagi roti atasnya 
• Tekup dengan taperware (biar saiz roti), sampai putus roti 
• Buat sampai habis aiskrim atau roti. 
• Sejuk bekukan semalaman.
Nak goreng:
• Panaskan minyak. 
• Keluarkan roti aiskrim. 
• Goreng, balik-balikkan sampai jadi koko. Jangan lama, sebab minyak panas, takut aiskrim pun jadi panas :P 
• Ok, hidang!
Makan cepat-cepat tau! kalu tak berkuah la roti tu

Popia Basah

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

25 Mei 2013:
Kat 125A, tak dak makan petang tak sah. So menu hari ini adalah seperti tertera. Abah kata lama tak buat. So, resepinya berdasarkan naluri hati seorang bapa.

Bahan-bahan popia:
• Kulit popia (banyak kat kedai)
• Sengkuang (diracik)
• Lobak merah (diracik)
• Taugeh
• Kacang panjang (dipotong bulat)
• Takua (diramas hancur)
• Udang kering (digoreng)
Cara:
• Celur semua bahan popia kecuali kulit popia dan udang kering
• Bentangkan kulit, ratakan sambal guna sudu. Sikit saja
• Letak sayur-mayur celuran
• Balutlah
Bahan sambal:
• Cabai kering (digoreng)
• Air panas
Cara:
• Kuah: mesin cabai dan gaul sampai sebati dengan air panas

Ok, dah siap balut, boleh hidang! Sambal tu prefer jangan sapu terus atas semua popia tu. Kalau makan segera tak pa. Takut nanti dah lama dah tak lalu. So, nak makan baru sapu. Nice!

Ni bahan untuk inti
Ni pulak popia yang dah boleh makan


Tom Yam

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

25 Mei 2013:
Hari ni abah cuti. So, dah agak, abah akan jadi chef punya hari ni. Hehe. Dan pembantu bertauliahnya adalah Khairul Solehah. Ok, resepi untuk lunch ialah tom yam.

Bahan-bahan (masuk je apa yang ada dalam peti ais tu):
• Pes tom yam (la ni tak pakai kiub dah. Pes ni banyak kat kedai. Yang balang dia kaler ungu tu)

• Ayam (tulang-temulang je)

• Kubis
• Carrot
• Anak jagung
• Bunga kubis
• Sotong
• Dan macam-macam lagi la.
• Jangan lupa garam ek
Tom yam ni sebenarnya ana suka masak. Sebab bahan dia boleh boh ikut suka hati ja. :P

Cara:
• Tumis pes tom yam. Jangan boh minyak banyak, sebab pes tu pun minyak banyak giler. Kolestrol..kolestrol..
• Masuk air. Tunggu sat.

• Masuklah semua bahan lain. Senang kan?
• Dah mendidih, tunggu lama sikit, yang mana keras, tunggu bagi lembut sikit.
• Ok, boleh hidang!
Waaa~ tak sabaq nak masak lagi kat maktab! Kat bawah ni adalah gambar yang sempat snap.

tadaaaa...!!

Sunday, 2 June 2013

Aiskrim Goreng!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Boring-bring dok rumah, elaun pula baru masuk. Apa lagi. terjah dapur la. hehe. Bukan selalu kan. eh. hehe
Ni masakan pertama hasil keringat sendiri, malah elaun sendiri. OOopS~ ok, kakak ada sponsor sikit.

Waaaaa~~~
p/s: ok. resepi boleh mintak dari pak cik google. selamat mencuba!

Sunday, 19 May 2013

Hangat! Kaedah Terbaru Belajar al-Quran!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah. Dipilih Allah untuk melakukan kerja-kerja kebaikan walaupun tak sebesar dan sehebat mana. Rasa syukur sangat Allah isi masa terluang yang selalunya dok lepak-lepak je kat bilik, dengan menolong orang.

Minggu ni, hangat dengan bualan orang mengenai kaedah terbaru mempelajari al-Quran. Pakej! Baca al-Quran bertajwid! Kaedah Haraki. Diasaskan oleh Ustaz Zakaria Nasirudin, pensyarah di IPG Kampus Ipoh.
Inovatif. Selamat. Kreatif. Tak ada kos peralatan. 7 jam.
Eh, apa benar? Boleh baca al-Quran 7 jam lengkap bertajwid? Betul! Dan perlu maklum, kaedah ini hasil pembelajarannya bukanlah nak mahir belajar tajwid, tapi adalah KHATAM AL-QURAN BERTAJWID. Mana nak cari tu? Ok, kaedah Haraki boleh bantu. :)

Siapa-siapa yang berminat bolehlah membuat kunjungan mesra ke link-link berikut:
Fanpage: https://www.facebook.com/KelasAlQuranHaraki?fref=ts
Blog: http://kelasquran7.blogspot.com/

Pengasas: Ustaz Zakaria bin Nasirudin
Antara kursus yang dijalankan baru-baru ini

Wednesday, 8 May 2013

Dua Kategori Puasa

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

1. Puasa sepanjang hayat ialah berpuasa dari semua benda yang diharamkan makan atau minum itu seperti babi, arak kerana ia menjana darah yang kotor dan nafsu yang kuat. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kenalah puasa sepanjang hayat dari memakannya kecuali darurat (apabila melibatkan nyawa).
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah [173]
Benda-benda ni mesti jaga!
2. Puasa Ramadhan pula ialah berpuasa dari benda yang halal. Makanan yang halal juga menjana nafsu, namun tidaklah sekuat yang haram. Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takutkan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." Al-Baqarah [183]
sumber: Nasbun Nurain 

Kegembiraan Orang Berpuasa

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Dalam hadith disebut “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya,
"Orang berpuasa bebas masuk pintu mana-mana syurga walaupun ada satu pintu yang khas untuk orang berpuasa yang dikenali sebagai Ar-Rayyan."
 Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w.:
Ayuh! Ramadhan dah dekat!
“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja."
Orang berpuasa akan gembira bila bertemu Allah setelah berlapar di dunia, kerana mereka berlapar semata-mata kerana Allah. Dalam Islam ada dua jenis puasa, satu puasa sepanjang hayat, iaitu puasa dari perkara yang diharamkan seperti arak dan babi kecuali darurat.  Selain itu ada puasa tambahan iaitu puasa bulan Ramadahan, puasa dari perkara yang halal (makan, minum, suami-isteri yang halal).

sumber: Nasbun Nurain

Tuesday, 16 April 2013

MENGAIT!

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah. Selesai sudah mikro teaching, tajuknya Sempurnakan Solatku. Walaupun gitu-gitu ja buatnya, namun dengan kerjasama yang baik dari rakan seperjuangan, pengajarannya mendapat respon yang baik juga dari Ustazah.

OK! Ke tajuk utama buletin malam ini, ana nak cipta satu hobi baru. Baru buat diri analah. Mengait. Dah lama sebenarnya jeles tengok mak, kakak dah pandai mengait. Kali ni, nak cuba sendiri. Benang, jarum dah beli. Dah pandai nanti boleh tunjuk kat mak! Thumbs up untuk diri sendiri!

Warna pilih ikut suka si hati je.. =)

Saturday, 9 March 2013

BIG FASA3/2013

Bismillah. Syukur sebab masih dikurniakan oksigen free dari Allah. Syukur jugak sebab masih digelar umat Nabi Muhammad. :)

Kenangan manis yang membuahkan pengalaman berlaku lagi. Khamis lalu (kelmarin) merupakan hari di mana kami bertanggungjawab menjayakan satu program motivasi kepada murid satu sekolah rendah. Dan yang dipilih oleh Allah ialah Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris al-Marbawi, Kuala Kangsar. Program ini dikhususkan kepada murid Tahun 6 saja.

Bertanggungjawab sebagai ajk Dokumentasi, ana membawa bersama Canon kesayangan (kamera, ya..bukan printer :P). Seronok juga ambil2 gambar ni, tapi jeles pula tengok sahabat2 lain menjadi fasilitator. Takpalah, perancangan Allah tu kan lebih baik. :) Gambar dan video yang dirakamkan tidak mencukupi kapasiti SD card si Canon. Maka, yang selebihnya ana serahkan kepada saudara ajk Dokumentasi yang satu lagilah (nasib baik 2 orang ajk)..

Kita tengok gambarlah..























*tunggu BIG sem depan pula. :D

Wednesday, 13 February 2013

SPAGETI KUAH ala PREGO

Bismillah.
 Mamamia~~~ begitulah lebih kurang iklan Prego dalam TV. OK, nak cerita kemarin kakak yang 2 ada masak spageti, tapi kuah buat sendiri. Ala-ala Prego katanya. Mai sini nak kongsi resepi:

  • Spageti (of kos)
  • Tomato Puree (kalu manual: cincang tomato, rebus sampai hancur)
  • cabai kering blended
  • sosej (ganti daging/ayam- sip sikit)
  • bawang besar (buat tumis)
  • lada benggala ( xtau la ejaan dia macam mana) -bagi naik bau skit-
  • Daun bawang/sup
  • Garam secukup rasa
  1. OK, macam biasa, rebus sampai sedap dimakan spageti dan toskan.
  2. Panas minyak, tumis bawang sekali ngan lada
  3. Masukkan cabai kering, biar sampai naik minyak
  4. Masukkan pula tomato puree
  5. Jangan lupa boh garam
  6. Masuk pula sosej/daging/ayam
  7. Mendidih, boleh hidang.
  8. Pusing spageti guna garpu, tuang kuah atas dan tabur daun bawang/sup. (saja nak gitau, yang ni boleh buat sendiri kot)
  9. Siapp!! Nyum3~~
Sekian, tengok gambarnya ya.

jangan lupa sapu minyak skit bagi tak melekat

ni la rupanya lepas dah masak. ada macam Prego Chef Riz tak? 

campuran daun bawang dan sup

cooks in 15 minutes? sila jangan percaya. sebab tu ana tulis rebus sampai dah boleh makan.
p/s: Selamat Mencuba!

Wednesday, 30 January 2013

Kursus Darussyifa' ambilan 2013

Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Ambilan 2013 dibuka sekarang!! Dapatkan borang di PUSRAWID yang berdekatan. 
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 28/2/2013
  • TEMPAT KULIAH: DI DEWAN SERI MELATI IPG KAMPUS IPOH
Ilmu bagus ni. Bukan saja sangat berguna untuk diri sendiri, malah untuk orang lain juga. Antara manfaatnya, boleh dekatkan diri dengan Allah, merasakan diri ini betapa kerdil berada di muka bumi-Nya.

Ayuh! Sapa tak join rugi!!!

Followers