Please Take Note!

Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya dan jika adapun dari sumber yang lain adalah datangnya ia bersama-sama dengan detail sumbernya. Wallahu a'lam.

Tuesday, 9 October 2012

Refleksi (Teori Behaviorisme)


Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi peluang untuk membentangkan Teori Pembelajaran Behaviorisme bersama-sama dengan sahabat.

Di awal penyediaan slaid pembentangan, kami telah mengalami beberapa masalah, iaitu tidak mempunyai rujukan yang cukup. Hanya satu buku sebagai rujukan, kekurangan sumber di internet, menjadikan penyediaan slaid sedikit tergendala. Tambahan pula, pemahaman yang cetek mengenai tajuk yang akan dibentangkan menjadikan saya sedikit kelam-kabut semasa pembentangan berlaku. kami hanya menghuraikan apa yang kami dapat daripada buku dan internet, tanpa dapat membezakan teori-teori pembelajaran behaviorisme yang dikemukakan oleh tiga tokoh yang dipilih, Pavlov, Thorndike dan Skinner. Soalan yang dikemukakan oleh rakan sekelas dibalas dengan jawapan yang tidak begitu meyakinkan.

Namun begitu, dengan huraian lanjut daripada pensyarah pembimbing, Puan Radiah binti Idris sedikit sebanyak telah memberikan saya kefahaman mengenai tajuk yang dibentangkan. Dari situ, timbul satu tekad untuk tidak bertangguh kerja dan mengkaji lebih awal tajuk yang dipertanggungjawabkan, untuk masa-masa yang akan datang selain daripada bertanyakan pensyarah berkenaan perkara-perkara yang sukar difahami.

Daripada tajuk yang telah dibentangkan, saya sebagai bakal guru hendaklah menetapkan hasil pembelajaran atau standard pembelajaran yang spesifik dan dinyatakan dengan jelas atau bersifat eksplisit. Dalam kata lain standard pembelajaran itu mestilah boleh diukur, realistik dan boleh dicapai. Hal ini adalah untuk memastikan objektif pembelajaran betul-betul tercapai.
Sebagai mana latihan yang disediakan oleh Ivan Pavlov dalam teorinya yang melatih anjing mendapatkan ransangan iaitu makanan, seseorang guru mestilah menyediakan langkah-langkah pengajaran secara berperingkat-peringkat. Mulakan daripada yang mudah membawa kepada yang sukar. Pastikan murid-murid sudah mahir isi kandungan atau pengetahuan serta kemahiran awal sebelum berpindah kepada tajuk yang lain.

Selain itu,  saya juga perlu mengaplikasikan teknik peneguhan yang sesuai. Misalnya peneguhan positif seperti pujian, penghargaan dan tunjukkan kasih sayang. Apabila guru memberikan pujian dan dorongan murid-murid akan timbul rasa minat untuk belajar dan membantu guru mengawal tingkah laku murid dalam bilik darjah. Peneguhan negatif seperti dendaan dan hukuman, bukanlah tidak boleh digunakan langsung, tetapi ianya digunakan pada masa-masa tertentu seperti mengadakan sesuatu penilaian, ulang kaji dan sebagainya.

Di samping peneguhan, saya sebagai bakal guru perlulah menyediakan latihan yang cukup sebagai latih tubi kepada murid mengenai tajuk yang telah dipelajari. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Hal ini akan membantu murid mengingati isi pembelajaran. Tambahan pula, latihan yang disediakan membantu guru untuk menilai pencapaian murid dari semasa ke semasa selain menimbulkan rasa minat murid terhadap pembelajaran.

Melalui teori yang dibentangkan, saya dapati ransangan dan peneguhan yang diberikan semasa pengajaran tidaklah perlu diberikan sentiasa. Ransangan dan peneguhan tersebut hanyalah bersifat untuk melatih murid untuk biasa dengan sesuatu. Contohnya, guru memberikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang, jadi pelajar tersebut akan berterusan mengekalkan gred tersebut dan dendaan yang diberikan kepada murid yang tidak cemerlang akan meningkatkan juga prestasi pelajar tersebut dan guru akan berhenti memberikan peneguhan berupa dendaan tersebut.

Akhir sekali, teori ini perlu diaplikasikan dalam pengejaran dan pembelajaran untuk menggalakkan murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Peneguhan dan ransangan perlu demi menilai tahap prestasi murid dan apakah pengajaran mencapai objektif pembelajaran.

Sunday, 7 October 2012

Wazan Fi'il Tsulatsi Mujarrod (madhi dan mudhori')

Mari pelajari bahasa Arab ~
Bahasa indah bahasa al-Quran ~
Mari pelajari bahasa ini ~
Bahasa yang suci dan murni ~

Haiya bil 'arabiyah ~
Uhibbul 'arabiyah ~
Haiya nadrusuha ma'aan ~~

Haiya bil 'arabiyah.. haiya bil 'arabiyah..~~



Followers